Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.Saya hendak berkongsi satu cerita.Masa kecil dulu saya suka sangat makan biskut almond london.Mak saya dah lama meninggal,jadi kalau nak raya tak ada orang yang buat biskut.Kalau nak makan biskut kenalah pegi beraya kat rumah orang.Kemudian,bila saya meningkat dewasa saya mula fikir sampai bila macam ni....nak makan kuih raya je kena pergi rumah orang....malu jugak.
Fikir punya fikir akhirnya saya melanggan majalah Saji dan majalah Mingguan Wanita.Kat dalam majalah tu ada banyak resepi dan saya cuba buat biskut berpandukan resepi tu.
Di bulan puasa saya sewa lot kuih raya di Bazar Kuih Raya Uptown Banting.Selain eneka biskut raya terdapat juga aneka kerepek,kapit,meruku,popia simpul kasih,popia gulung dan batang buruk.
Kalau hari biasa saya niaga nasi lemak berlauk dan berbagai jenis kuih-muih di Telok Panglima Garang berhampiran Klinik Siti Zariah.
Biskut sedap
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh saya dapatkan resepi biskut almond london dari majalah mingguan wanita?
ReplyDelete