Sunday 24 November 2013

Anak-anakku

Sofea Nur Izzah
Nur Aisyah
Muhammad Yusuf
Sofea Nur Izzah 3 tahun,Aisyah 8 tahun,Yusuf 12 tahun Dzun Nun 15 tahun.                                                                          
Dzun Nun Arasy
                                        

Saturday 23 November 2013

Popia simpul kasih

Petang-petang kalau ada popia simpul kasih sebagai kudapan pun sedap juga.Kalau tak ada masa nak buat,order je kat saya di talian 019-3758026.
Harga RM17/500gm.

Friday 22 November 2013

Biskut Almond London

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.


  Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.Saya hendak berkongsi satu cerita.Masa kecil dulu saya suka sangat makan biskut almond london.Mak saya dah lama meninggal,jadi kalau nak raya tak ada orang yang buat biskut.Kalau nak makan biskut kenalah pegi beraya kat rumah orang.Kemudian,bila saya meningkat dewasa saya mula fikir sampai bila macam ni....nak makan kuih raya je kena pergi rumah orang....malu jugak.
  Fikir punya fikir akhirnya saya melanggan majalah Saji dan majalah Mingguan Wanita.Kat dalam majalah tu ada banyak resepi dan saya cuba buat biskut berpandukan resepi tu.
Akhirnya saya dah boleh buat biskut sendiri dan juga masakan lain-lain.Dan sekarang saya mencari rezeki dengan cara berniaga makanan.
  Di bulan puasa saya sewa lot kuih raya di Bazar Kuih Raya Uptown Banting.Selain eneka biskut raya terdapat juga aneka kerepek,kapit,meruku,popia simpul kasih,popia gulung dan batang buruk.
  Kalau hari biasa saya niaga nasi lemak berlauk dan berbagai jenis kuih-muih di Telok Panglima Garang berhampiran Klinik Siti Zariah. 
                                                                   

Thursday 21 November 2013

Satay Best

Salam.Hidangan apa untuk makan malam,sesekali satay jadi hidangan pun sedap,Order je...
Satay ayam dan daging RM0.70/pcs dan nasi impit RM0.50/pcs.
Order 100 cucuk satay atau lebih boleh hantar ke rumah anda(sekitar Telok Panglima Garang je).
Kalau luar Telok Panglima Garang boleh dirunding.
Hubungi saya di talian:019-3758026.
pic.by www.ezb.com


Wednesday 20 November 2013

Mihun kicap

Salam...pagi-pagi cam ni fikir apa nak dimasak untuk sarapan.Anak-anak tak sekolah,masak makanan apa-apa pun cepat je habis.Saya nak masak mihun kicap.

Bahannya:

sebungkus mihun(direndam)

bwg.putih,bwg.merah,sedikit cili kering(dikisar)

garam dan perasa makanan,kicap

udang.sotong

taugeh dan sawi
Caranya:

tumis bahan kisar hingga wangi.

masukkan udang,sotong serta perasa

.letak air sedikit dan kicap

.masukkan mihun dan sayur.Gaul rata hingga masak.

Hidangkan panas-panas.

Selamat bersarapan.

Sunday 3 November 2013

karipap rangup

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya.Saya nak berkongsi resepi karipap rangup dan kalau ada yang nak order boleh hubungi saya.Saya menerima tempahan utk berbagai majlis.No.h/p:019-3758026.


Saturday 2 November 2013

Nasi Lemak Sedap

Hai!Kepada penduduk sekitar TPG,kalau nak menikmati nasi lemak sedap serta aneka lauk,dtglah ke gerai saya di kaw.perumahan berhampiran klinik Siti Zariah.Masa antara jam 2:30ptg-6:30ptg.terdapat juga beberapa jenis kuih-muih.

Terima kasih.

nasi lemak berlauk

Saturday 26 October 2013

budakmotor

Saya ada 2 orang anak lelaki.Dzun Nun Arasy atau panggil je Boy dan sorang lagi Muhammad Yusuf atau panggil je Pipi.Diorang ni suka sangat menunggang motasikal.Buat masa ni motor yamaha buruk je saya bagi sorang satu,sok kalau dah keja biarlah diaorang beli sendiri motor macam kat gambar ni.Hati-hati bawa motor,jangan laju-laju.

picture by:boyzonne

Anak-anak perempuanku

Saya ada dua orang anak perempuan.Nur Aisyah(kakak) dan Sofea Nur Izzah(Baby).Dioarang ni suka sangat tengok cerita Upin dan Ipin.Walaupun dah tengok berpuluh-puluh kali tetap tak jemu-jemu.Baby kalau tengah menangis senang je nak pujuk dia.....bagi tengok cerita Upin dan Ipin terus diam.Satu hari nanti teringin juga bawa anak-anak jumpa Upin dan Ipin ni.



Friday 25 October 2013

Selamat Datang ke Blog Saya




Assalamalaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara


SELAMAT DATANG ke blog saya.Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.Blog ini dihasilkan untuk saya berkongsi pandangan dan pengalaman yang telah saya lalui dan juga tauladan yang dapat kita jadikan panduan hidup daripada mereka yang telah berpengalaman daripada saya.
Rajin-rajinlah berkunjung ke blog saya untuk mendapatkan kisah-kisah terbaru.Jika ada sebarang komen atau cadangan bolehlah anda tinggalkan diruang yang telah saya sediakan ini.Terima kasih.